Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KEDUA TERBAKAR DI KEDAH

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KEDUA TERBAKAR DI KEDAH
_______________________

TARIKH : 2 FEBRUARI 2020 I 8 JAMADILAKHIR 1441H
TEMPAT : TAPAK PELUPUSAN KEMUNTING, JITRA
_______________________

SATU lagi tapak pelupusan sampah di Kedah iaitu di Kamunting, Jitra, terbakar dan usaha pemadaman sedang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang sudah mengambil masa 18 jam.

Kebakaran itu menjadikan kes kedua membabitkan tapak pelupusan sampah di negeri berkenaan.

Sejak 12 hari lalu, JBPM negeri berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Sungai Petani.

Ketua Zon I JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zain berkata, lebih satu hektar kawasan tapak pelupusan sampah itu terbakar biarpun kawasannya seluas empat hektar.

Menurutnya, seramai 20 anggota dari tiga balai bertugas mengikut syif membantu memadam kebakaran sejak 6 petang semalam dan operasi masih diteruskan sehingga kini.

“Kita menggunakan lori tangki berkapisiti 20,000 liter dan tiga jentera yang masing-masing mempunyai bekalan air sebanyak 3,600 liter air untuk memadam kebakaran.

“Setakat ini, api berjaya dikawal dari merebak ke kawasan lain dan anggota kami sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran itu sehingga api padam sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Wan Mohd Hamizi berkata, operasi disertai anggota BBP Jitra, Pokok Sena dan Kuala Nerang.

Katanya, proses pemadaman kebakaran bergantung pada sumber air dan cuaca.

“Keadaan angin dan cuaca panas menyebabkan api masih menyala namun anggota kami sedang berusaha memadam api sepenuhnya,” katanya.

Operasi pemadaman itu turut dibantu agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP)

 

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang di atas pentas dan luaran  Imej mungkin mengandungi: gunung, langit, awan, luaran dan alam  Imej mungkin mengandungi: gunung, langit, awan, luaran dan alam  Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, langit, pokok, luaran dan alam




Kemaskini pada 2020-02-03 11:56:39 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page