Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

KEDAH-MAJLIS KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2019

MAJLIS KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2019
________________________

TARIKH : 10 NOVEMBER 2019 I 13 RABIULAWAL 1441 (AHAD)
TEMPAT : DATARAN CHENANG, LANGKAWI
________________________

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Di Air 2019 di Pantai Chenang, Langkawi.

Turut hadir ialah YB Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Ketajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Dr. Mary Wong Lai Lin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Dato' Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pengarah-pengarah Bahagian Persekutuan dan Negeri, Pemimpin-pemimpin dan masyarakat setempat.

Demonstrasi penyelamatan di air juga diadakan bagi menunjukkan kepada umum tentang teknik-teknik penyelamatan bagi kes menyelamat di air dan juga cara menggunakan peralatan Life-Saving Appliances (LISA.).

Selain itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Pertandingan Memadam Kebakaran SURI, Pertandingan Fire Fighters Challenge Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) dan Bomba Komuniti serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Majlis tersebut turut berlangsung secara serentak di beberapa lokasi lain seperti di Pantai Awam Desaru, Bandar Penawar dan Teluk Cempedak, Kuantan.

Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan pendidikan asas keselamatan dan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya aktiviti air di tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Pihak Bomba turut memberi tips berkaitan langkah keselamatan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan air yang berlaku di kawasan rekreasi air.

Berdasarkan data diperoleh KPKT, sejak Januari hingga September 2019 sebanyak 171 jumlah kes kematian akibat lemas di Malaysia.

Pemasangan papan tanda amaran keselamatan turut dibuat pada hari ini di kawasan rekreasi, bertujuan memberi makluman kepada pengunjung, pelancong dan masyarakat tentang bahaya dan risiko di badan air serta tindakan yang perlu diambil.

Pelbagai aktiviti lain telah dilakukan antaranya pameran keselamatan, pameran program bebas asap rokok, pameran kebombaan dan lain-lain lagi. #kpkt #bomba

Jangan lupa follow Instagram : BOMBA_KEDAH ; https://www.instagram.com/bomba_kedah

FACEBOOK : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ; https://twitter.com/Bomba_Kedah

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan luaran  Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan luaran  Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran  Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang duduk, meja dan dalaman 

Imej mungkin mengandungi: kasut dan luaran  Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, lautan, luaran, air dan alam  Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, lautan, luaran dan air  Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, lautan, langit, luaran, air dan alam 

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, lautan, langit, luaran, air dan alam  Imej mungkin mengandungi: langit, pokok dan luaran Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri, orang di atas pentas, kasut dan luaran  Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri, jambang, kanak-kanak, topi dan luaran

  Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, pokok dan luaran  Imej mungkin mengandungi: lautan, langit, luaran, air dan alam Imej mungkin mengandungi: 3 orang, lautan, kanak-kanak, luaran dan air  Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan luaran 

 




Kemaskini pada 2019-11-19 12:17:11 daripada Admin Kedah

  •  
  • Print
  • Email this page