Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

FAREX 2019

KUALA KUBU BAHRU, 3 Nov. 2019 (Ahad) – Majlis Perasmian Penutupan Fire Fighters and Rescue Exercise Challenge (FAREX) 2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berlangsung dengan meriah bertempat di Stadium Taman Millenium, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Majlis telah dirasmikan oleh YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM.

FAREX 2019 berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 November 2019. Terdapat 6 acara yang dipertandingkan, 4 acara individu (Ultimate Challenge, Rescue Challenge, Confine Space Challenge dan Warrior Challenge) dan 2 acara berpasukan ( Relay Warrior Challenge dan Rapid Challenge).

Dalam Acara Individu, Kontigen JBPM Perak telah meraih gelaran Johan dalam acara Rescue Challenge menerusi PB Mohamad Sazuan bin Samsudin dan PB Mohamad Amirul bin Mazlan telah meraih gelaran Naib Johan dalam acara Warrior Challenge.

Dalam Acara Berkumpulan pula, Kontigen Perak telah meraih gelaran Johan dalam acara Relay Warrior Challenge.

Dengan kemenangan tersebut, kontigen JBPM Perak telah menjadi NAIB JUARA KESELURUHAN di dalam FAREX 2019. TAHNIAH TEAM PERAK!




Kemaskini pada 2019-11-07 08:49:14 daripada Admin Perak

  •  
  • Print
  • Email this page