Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Dasar Kualiti JBPM

DASAR KUALITI

 

1.    JBPM komited menjadi sebuah Organisasi Berprestasi Tinggi dalam aspek kebombaan dan penyelamatan.

2.    JBPM komited membudayakan sistem pengurusan kualiti dan tindakan penambahbaikan secara berterusan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

3.    JBPM komited memastikan dokumentasi sistem pengurusan kualiti dikawal selia dan diselenggara dengan efektif dan berkesan selaras dengan keperluan standard.

4.    JBPM komited memastikan dasar kualiti dan objektif kualiti disebar, difahami dan dilaksanakan oleh keseluruhan anggota organisasi.

5.    JBPM komited melaksanakan sistem pengurusan kualiti dengan menerapkan aspek Pengurusan Risiko


Objektif Kualiti Jabatan

A.        Jentera Bomba pertama hendaklah keluar dari Bay Jentera ke lokasi operasi kebombaan tidak melebihi 60 saat daripada masa terima panggilan di bilik kawalan balai.

B.         Mengeluarkan laporan pengesahan kebakaran dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh kejadian.

C.        Laporan Kebakaran disediakan dan dihantar ke Bahagian Operasi Negeri tidak melebihi 14 hari dari tarikh kejadian.

D.        Laporan Khidmat Khas disediakan dan dihantar ke Bahagian Operasi Negeri tidak melebihi 14 hari dari tarikh kejadian.

E.         Perangkaan Bulanan Operasi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM Putrajaya sebelum atau pada 2 haribulan setiap bulan berikutnya.

F.         Memproses pelan arkitektural (bangunan) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

G.        Memproses pelan ‘M & E’ dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

H.        Mengeluarkan surat pelepasan perakuan berperingkat (G8 dan G9) atau surat sokongan (CFO) dalam tempoh 7 hari dari tarikh pemeriksaan sekiranya semua syarat dipatuhi.

I.          Memproses permohonan pelesenan yang lengkap dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.

J.         Mengeluarkan notis penghapusan bahaya kebakaran dalam tempoh 7 hari selepas tarikh pemeriksaan dijalankan sekiranya terdapat bahaya kebakaran.

K.         Mengeluarkan Perakuan Bomba dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembayaran fi diterima.

L.         Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh 14 hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.

M.        Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diakui penerimaannya dan bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil (termasuk invois dan dokumen berkaitan) lengkap diterima.

N.        Aduan Pelanggan hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan

            i. Aduan Kategori Mudah – 5 hari

            ii. Aduan Kategori Sederhana – 14 hari

O.        Penetapan markah soal selidik hendaklah ke tahap cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 75%.

 

 

 

 




  •  
  • Print
  • Email this page