Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

Dasar Latihan Sumber Manusia

DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

 

1. PENDAHULUAN

1.1     Sebagai sebuah agensi tindakan kecemasan yang utama di negara ini, pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari segenap lapisan pangkat, perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertinggi bagi melaksanakan tugas dengan profesional, cekap dan berkesan bagi memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, bersesuaian dengan kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

1.2     Menyedari hakikat inilah, maka Dasar Latihan Sumber Manusia (DLSM) ini digubal, yang menggariskan falsafah, halatuju, strategi dan pelaksanaan latihan secara bersistematik serta terancang berteraskan konsep pembangunan insan dan pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) untuk melahir dan mengekalkan pegawai bomba yang kompeten terhadap tugas dan tanggungjawab, profesional serta menghayati nilai-nilai integriti yang tertinggi.

1.3   Melalui DLSM ini, perkembangan kerjaya seseorang pegawai bomba akan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan rapi bermula dari tarikh ia menjejakkan kaki ke dalam Jabatan sehinggalah ia meninggalkan Jabatan atau bersara. Dengan cara itu, pegawai berkenaan diharap akan berkembang dan meningkatkan keupayaan dirinya ke tahap potensi yang tertinggi.

1.4    Setiap orang yang telah memilih Bomba dan Penyelamat sebagai kerjayanya, perlulah memahami dan menghayati DLSM ini dan perlulah sedaya upayanya memenuhi hasrat dan aspirasi yang tersurat dan tersirat di dalam dasar ini agar ia benar-benar menjadi modal insan sebagaimana yang diinginkan oleh JBPM.

Baca Selanjutnya...




Kemaskini pada 2017-01-16 10:50:13 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page