Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Selangor - Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Bharu

1 Disember 2013 - Bertempat di perkampungan Orang Asli Pertak Kuala Kubu Baharu telah diadakan satu Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Turut hadir iaitu YB Lee Kee Hiong, Adun KKB, Tuan Tokiman Bin Nali,YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, PgKB I Mohd Sani Bin Harul, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor, PgB Mohd Haikal Bin Kasri, Ketua Zon 6, Pasukan Bomba Komuniti Subang Jaya, Bomba Sukarela serta anggota dah masyarakat setempat. Program ini hasil kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Bomba Komuniti Subang Jaya adalah bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada didalam kecemasan. Dengan penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Bharu....adalah diharapkan pasukan ini dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan berkenaan pencegahan dan keselamatan kebakaran untuk kegunaan individu, keluarga dan juga komuniti(jiran) mereka sendiri.

 



Kemaskini pada 2017-06-30 16:42:07 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SELANGOR,NO.3, PERSIARAN TEBAR LAYAR,BUKIT JELUTONG,
SEKSYEN U8 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel : 03 - 7846 4444  |  No. Faks : 03 - 7846 9892  | E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hari IniHari Ini2428
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3481945