Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Selangor - Majlis Penyerahan Kunci Rumah NBOS7

23 Disember 2013 - Bertempat di Ban 3 Parit 4 Sekinchan telah diadakan satu Majlis penyerahan kunci rumah projek pembinaan semula rumah terbakar dibawah projek New Blue Ocean Strategy (NBOS). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar,Ahli Parlimen Tanjung Karang. Turut hadir YAS Dato' Haji Amer Bin Haji Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, PKPjB Othman Bin Abdullah, PKPjB Saadon Bin Mokhtar, Komanden Akedemi Pusat Latihan Kuala Kubu Baharu, PPjB Mohd Puzi Bin Mohd Tabot, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor. Hadir bersama Penolong-penolong pengarah bahagian, ketua-ketua zon,ketua-ketua balai,pegawai-pegawai kanan, anggota dan orang-orang kampung berhampiran. Selain daripada penyerahan, YB Datuk Seri juga telah merasmikan pembukaan rumah tersebut serta telah menyerahkan sijil penghargaan kepada anggota yang terlibat menjayakan program mendirikan rumah itu. Untuk pengetahuan semua, projek ini adalah yang kedua dibuat di Negeri Selangor. Syabas diucapkan.




Kemaskini pada 2017-06-30 16:31:55 daripada Vox Admin

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SELANGOR,NO.3, PERSIARAN TEBAR LAYAR,BUKIT JELUTONG,
SEKSYEN U8 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel : 03 - 7846 4444  |  No. Faks : 03 - 7846 9892  | E-mel : korporat@bomba.gov.my

Hari IniHari Ini2862
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3482378