9 PENGHUNI TERSELAMAT DALAM KEBAKARAN SEBUAH RUMAH

9 PENGHUNI TERSELAMAT DALAM KEBAKARAN SEBUAH RUMAH

KUCHING, 20.6.2023: JBPM Negeri Sarawak menerima panggilan kebakaran rumah pada jam 6.49 petang yang berlaku di Jalan Green Road, Kuching, Sarawak.
 
Anggota Bomba daripada BBP Batu Lintang dan BBP Padungan telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bersama jentera.
 
Menurut Komander Operasi Kanan, TPgB II Mohammad Raffy bin Saibi, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah berkeluasan 48×96 kaki persegi telah musnah terbakar 100%.
 
Terdapat 9 orang mangsa telah berjaya menyelamatkan diri keluar daripada rumah sebelum ketibaan pihak Bomba. Namun, salah seorang mangsa mengadu mengalami sesak nafas. Mangsa telah dibawa ke hospital dengan menaiki jentera Unit EMRS.
 
Kebakaran itu dapat di kawal pada jam 7.11 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.56 malam.
English EN Malay MS
Skip to content