2022 10 31 112010

13 rumah kedai separuh papan terbakar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin – Oktober 31, 2022 @ 8:36am
nurul.hidayah@hmetro.com.my

SERDANG: Tiga belas kedai separuh papan di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang, di sini, terbakar dalam kejadian, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.15 pagi tadi.

“Seramai 24 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah kedai emas yang merebak ke 12 premis lain di deretan rumah kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran itu jam 5.30 pagi tadi.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kredit sumber : BH Online

English EN Malay MS
Skip to content