PAMERAN KEBOMBAAN DI LIMA' 2019 View Announcement in New Tab

PAMERAN KEBOMBAAN DI LIMA' 2019 KINI DIBUKA
_________________________

TARIKH : 26 MAC 2019 / 19 REJAB 1440H 
HARI : SELASA / 7 PAGI
TEMPAT : PUSAT PAMERAN ANTARABANGSA MAHSURI (MIEC)
__________________________

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini pagi tadi, kira-kira 28 tahun sejak acara dwitahunan itu diperkenalkan.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut Datuk Mohammad bin Mantek sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT); YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM; Pengarah-Pengarah Bahagian JBPM; dif-dif jemputan JBPM serta pegawai-pegawai kanan JBPM.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Sayani binti Haji Saidon bersama-sama Ketua Zon; Pegawai Kanan JBPM Kedah dan Anggota Balai.

LIMA' 2019 dibuka hari ini kepada delegasi dan pelawat perdagangan sehingga 28 Mac 2019 dan pelawat awam bermula 29 Mac 2019 di Dewan MIEC dan Resort World Langkawi, Kedah.

LIMA yang merupakan gagasan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad ketika pertama kali menerajui negara, menyaksikan penyertaan pegawai dan syarikat pertahanan, ketenteraan dan pengangkutan dari seluruh dunia.

Tahun ini, lebih 350 peserta tempatan dan antarabangsa dari lebih 30 negara mengambil bahagian dalam pameran itu yang berakhir Sabtu ini.

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR LAIN

Published on 2019-05-03 09:39:12 Posted By Administrator