MOU Bersama Hospital Putrajaya View Announcement in New Tab

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA DALAM PERKHIDMATAN RAWATAN PRA-HOSPITAL DAN AMBULAN KECEMASAN DI ANTARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA DENGAN HOSPITAL PUTRAJAYA

27 Mac 2019 (Rabu)/10.30 Pagi - Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Dalam Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulan Kecemasan Di Antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Dengan Hospital Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sutera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. 
Nota Kerjasama ini telah ditandatangani oleh YS PgKB I Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Putrajaya bagi mewakili JBPM Putrajaya. Manakala YBhg. Dr Param Jeeth Singh AL Pakar Singh, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya dengan disaksikan oleh YAS Dato’ Hj. Soiman bin Jahid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM wakil rasmi YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah JBPM bersama-sama YBhg. Datuk Dr. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) mewakili YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr, Aminuddin bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Pelan persepakatan pintar yang dibuat antara kedua-dua agensi ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan ambulan secara optimum kepada orang ramai. Selain perkongsian latihan dan kemahiran secara berterusan antara kedua-dua agensi terutamanya kepada anggota EMRS JBPM Putrajaya dalam mengendalikan perawatan kecemasan. 
Tetamu jemputan lain adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JBPM, JBPM Putrajaya termasuk anggota Emergency Medical and Rescue Services (EMRS), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya dan lain-lain seperti Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk WP Putrajaya.
 

Published on 2019-05-03 09:38:38 Posted By Administrator