Pelancaran Program SURI oleh YB Menteri KPKT View Announcement in New Tab

23 Februari 2019 - Kempen Keselamatan Pencengahan Kebakaran dan Pelancaran Program SURI telah diadakan di Pangsapuri Ampang Jajar, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin. Turut bersama YS Tuan Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, bersama Yang Dipertua MPSP, Dato' SR Hj. Razali bin Hj. Mohamud, Encik Alan Oh, Ketua Cabang Bagan serta Encik Rahim selaku Pengerusi Penduduk.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, diantaranya adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, pertandingan mewarna Kelab 3K, demonstrasi pemadaman api dapur oleh ahli SURI serta pameran kebombaan dan agensi.

Turut diadakan penyampaian alat pemadam api kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah tahfiz.

Sumber : FB JBPM Negeri Pulau Pinang

Published on 2019-03-01 10:16:53 Posted By Administrator