Majlis Penghargaan Wira Merah View Announcement in New Tab

28.12.2018 - Bertempat di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM telah diadakan Majlis Penghargaan Wira Merah JBPM khas untuk arwah PBKII Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih di atas kehadiran YB Menteri KPKT, TKSU KPKT, Tan Sri Lee Lam Thye, wakil PTPTN dan wakil NGO serta pihak media didalam menjayakan Majlis ini. Di dalam majlis ini waris arwah PBKII Adib telah menerima kenaikan pangkat dari KB19 ke KB22 secara Postomus. Waris arwah juga telah menerima manfaat kebajikan daripada JBPM sebanyak RM265,356.00, sumbangan kutipan kilat warga JBPM sebanyak RM 11,241.00 serta sumbangan kutipan kilat warga KPKT sebanyak RM 12,158.00. Pengerusi Yayasan Eco World Tan Sri Lee Lam Thye turut menyerahkan cek sumbangan RM10,000 kepada keluarga Muhammad Adib.

Published on 2019-02-25 17:13:18 Posted By Administrator