Majlis Perasmian Balai Bomba Dan Penyelamat Penanti View Announcement in New Tab

MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENANTI

TARIKH : 4 JANUARI 2019
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENANTI, PERMATANG PAUH

4 Januari 2019 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Permatang Pauh yang telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis turut dihadiri oleh Dr. Mary Wong Lai Lin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKT, Dato' Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pinang Pinang, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Pegawai-pegawai Kanan JBPM dan penduduk setempat di Penanti.

Turut hadir Ketua Pengarah JBPM Dato' Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Pengarah JBPM Pulau Pinang Saadon bin Moktar dan pengurusan tertinggi JBPM.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah amat berbesar hati dapat sama-sama menjadi sebahagian sejarah perasmian BBP Penanti yang diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba,PPjB Mohd Zahar Bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai serta Pegawai-pegawai Kanan JBPM Negeri Kedah hadir memeriahkan majlis.

BBP Penanti yang merupakan balai ke-19 di Pulau Pinang dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 1.13 hektar pada Disember 2016 dengan kos sebanyak RM2.38 juta dan siap sepenuhnya 9 Nov lepas.

BBP Penanti merupakan balai bomba kategori D dan pembinaannya merangkumi bangunan balai bomba, ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik dan kemudahan sokongan serta dapat memberi khidmat kebombaan, penyelamatan dan pengurusan keselamatan masyarakat mengikut keperluan sekitar Penanti dan kawasan jagaan seluas 68.54 kilometer persegi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri KPKT, TKSU (Dasar) KPKT, SUK Negeri Pulau Pinang dan para jemputan di atas kesudian hadir ke Majlis Perasmian BBP Penanti, Pinang Pinang ini.

Semoga dengan rasminya balai yang tersergam indah ini, dapatlah memenuhi keperluan semasa setempat bagi mendapatkan perlindungan kebombaan secara menyeluruh kepada masyarakat sekitar.

CC: Bahagian Korporat Jbpm, Zuraida Kamarudin, KPKT Malaysia

Published on 2019-02-25 17:13:05 Posted By Administrator