Delegasi JBPM Ke Sungai Asap, Belaga Bintulu View Announcement in New Tab

DELEGASI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KE SUNGAI ASAP, BELAGA BINTULU

Bintulu, 9 Disember 2018
YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama delegasi jabatan bertolak ke Sungai Asap, Belaga pagi ini untuk JBPM-MFPA Outreach Program Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2018.
Delagasi ini telah bertolak ke Sungai Asap dengan menggunakan pesawat Mi-17 milik jabatan.
Turut bersama ialah YS TPjB Edwin Galan Teruki, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan YS PKPjB Khirudin bin Drahman@Husaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR LAIN

 

Published on 2019-01-14 10:31:03 Posted By Administrator