Majlis Apresiasi Pesara JBPM Negeri Sarawak 2018 View Announcement in New Tab


SIBU, 19.10.18 - YS PKPjB Khirudin bin Drahman@Husaini hadir ke Majlis Apresiasi Pesara JBPM Negeri Sarawak di Paramount Hotel Sibu malam ini.
Dalam ucapannya, beliau mewakili jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pesara yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang berkhidmat dalam jabatan dan turut menyampaikan amanat pengurusan tertinggi jabatan kepada semua yang hadir.
Seramai 22 orang pesara yang diraikan dalam majlis itu.
Turut hadir ialah Puan Radiah Muhammad, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Negeri, penolong-penolong pengarah, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Balai Zon 4, pegawai kanan jabatan, Ahli MBJ, rakan media dan jemputan lain.

Published on 2018-10-24 10:20:04 Posted By Administrator