Penutupan Pertandingan Mini Kawad Kecekapan View Announcement in New Tab

29 Ogos 2018 (Rabu) : Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Mini Kawad Kecekapan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah 2018 oleh YS Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, PKPjB Abdul Razak bin Muda. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah,PPjB Mohd Zahar bin Abdullah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai.

Pertandingan Mini Kawad Kecekapan Peringkat JBPM Negeri Kedah 2018 merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap warga bomba JBPM Negeri Kedah. Acara yang menguji tahap kecekalan, kecekapan, fizikal dan mental peserta oleh setiap peserta melibatkan 4 acara dipertandingkan pada tahun ini.

Setiap pasukan bertanding telah menunjukkan semangat yang jitu demi memartabatkan operasi kebombaan ke peringkat yang lebih tinggi. "Training Towards Excellence". Kesemua peserta telah berjaya menyertai acara ini bagi melengkapkan keseluruhan pertandingan yang dijalankan selama tiga hari.

Pada tahun ini, Pasukan Zon 1 Kota Setar telah dinobatkan Johan keseluruhan Pertandingan Mini Kawad Kecekapan Peringkat JBPM Negeri Kedah 2018.

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR SEKITAR MAJLIS

Published on 2018-10-23 12:24:10 Posted By Administrator