Penganugerahan Pangkat Bomba View Announcement in New Tab

SEREMBAN-6 JULAI 2018.  Penganugerahan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) diberikan kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun, manakala pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dianugerahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkefly Mohamad Omar.Turut menerima pengiktirafan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik yang menerima pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong. Anugerah ini disampaikan oleh  Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi JBPM dan Exco Negeri Sembilan.

Published on 2018-08-20 17:09:06 Posted By Administrator