Lawatan Rasmi YAS KP Ke Negeri Sembilan View Announcement in New Tab

5 JULAI 2018. JBPM Negeri Sembilan berbesar hati menerima lawatan pertama dari Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ,YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Majlis dimulai dengan aturcara Pemeriksaan Perbarisan Kehormat di Dataran BBP Seremban 2.

Dalam ucapan alu-aluan oleh PPjB Norazam Bin Khamis , Pengarah JBPM Negeri Sembilan menyampaikan sekalung tahniah di atas pelantikan YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid sebagai Ketua Pengarah JBPM  yang baru.

Terima kasih YAS Tuan atas kesudian menyampaikan amanat kepada semua kakitangan JBPM Negeri Sembilan . Semoga JBPM Negeri Sembilan terus gemilang dibawah kepimpinan  YAS tuan.

Published on 2018-08-20 17:09:13 Posted By Administrator