Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 View Announcement in New Tab

SEREMBAN- 14 JULAI 2018: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir , mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 di Perkarangan MPS Seremban, Negeri Sembilan.Ketibaan baginda dan Permaisuri  disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan , YAB Tuan Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, YB Puan Hajah  Zuraidah Kamaruddin dan  Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia . Turut hadir dalam majlis Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Exco-Exco Kerajaan Negeri Sembilan, dan Dif-Dif Kehormat Yang Lain . Tuanku Muhriz  memeriksa kawalan hormat yang disertai 99 anggota bomba lain-lain pangkat sebelum acara diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Pegawai Bomba Mohd Fauzi Hazriq Bin Jamikah. Seterusnya Tuanku disajikan dengan persembahan daripada Pasukan Khas Storm seramai 100 orang anggota.  Perarakan kontinjen perbarisan, membabitkan 27 kontinjen dan 90 unit kenderaan serta pertunjukan kebombaan.Bertemakan 'Bomba Tonggak Penyelamatan Negara', majlis turut disertai 2,000 pegawai dan anggota bomba dari seluruh negara serta kira-kira 1,800 masyarakat setempat.

 

Published on 2018-09-19 15:08:37 Posted By Administrator