Kursus Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) Pulau Pinang View Announcement in New Tab

 

 


Kursus Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 2 telah diadakan pada 26 hingga 29 April 2018 bertempat di Hotel Sport Fishing, Teluk Bahang anjuran pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM Penang)

Kursus yang berlangsung selama 4 hari melibatkan 18 orang peserta daripada persatuan nelayan kawasan negeri Pulau Pinang.

Objektif kursus KESAN ini diadakan untuk menjadikan sebuah organisasi sukarelawan yang cekap dalam misi operasi bencana alam sekitar atau misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut terutama melibatkan nelayan.

Selain itu para peserta diberikan pendedahan dengan kemahiran keselamatan di laut seperti pengenalan kepada Personal Floating Device (PFD), latihan cardiopulmonari resuscitation (CPR), teknik balutan dan teknik-teknik menyelamat mangsa di laut.

JBPM Negeri Pulau Pinang juga akan memberikan kerjasama yang berterusan bagi melahirkan kumpulan yang berkemahiran dengan memberi kemahiran secara kursus dan amali.

Majlis Penutupan Kursus dirasmikan oleh Encik Nik Rashid bin Nik Jusoh, Pengarah LKIM Pulau Pinang, dan turut hadir PgKB II Azhar bin Hamat, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, JBPM Negeri Pulau Pinang yang mewakili YS Pengarah, JBPM Negeri Pulau Pinang.

Published on 2018-05-08 10:19:34 Posted By Administrator