Pertandingan Kawad Kaki Campuran View Announcement in New Tab

19 April 2018-  Pertandingan Kawad Kaki (Campuran) bertempat di Padang Kawad, POLIMAS Jitra, Kedah.

    Sebanyak 16 kontinjen menyertai pertandingan ini. Para peserta dapat memupuk semangat berpasukan daya juang yang berterusan, kepatuhan mengikut arahan ketua platun serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar. Pertandingan kawad kaki adalah acara yang pertama yang berlangsung dalam pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Kali Ke 28 Tahun 2018.

    Pertandingan ini dimulai dengan pergerakan masuk ke medan dari kontijen Melaka dan diakhiri kontijen Selangor.

    Jawatankuasa pengadilan terdiri daripada 9 orang pegawai yang diketuai oleh PKPgB Mustaffa Bin Ishak dari Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur. Jawatankuasa teknikal bagi acara kawad kaki ini diketuai oleh PKPgB Mohd Ashmar Bin Mohd Mazlan.

    Pertandingan berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir 13.30 petang.

 

Published on 2018-06-11 12:44:19 Posted By Administrator