Majlis Perasmian BBP Seri Menanti View Announcement in New Tab

SERI MENANTI- 20 APRIL 2018.

    Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti yang disempurnakan  oleh  DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR. Majlis turut dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAS Dato' Sri Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan dif-dif kehormat.

    Majlis dimulakan dengan keberangkatan DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS lalu  keberangkatan Yang Di-Pertuan memeriksa kawalan kehormat diiringi Pancaragam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di bawah pimpinan Band Master Mohamad Bin Hashim. Kawalan Kehormatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan  terdiri daripada 2 Pegawai Dan 51 anggota lain-lain pangkat Diketuai Oleh Penguasa Kanan Bomba II Mohd Elyas Bin Hussain. Majlis turut diberkati dengan bacaan doa oleh Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad,  Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Seterusnya majlis mempersilakan Dato’ Sri Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menyampaikan ucapan. DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR menzahirkan Titah Perasmian dan melancarkan gimit perasmian  Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Yang Amat Setia Dato’ Sri Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim menghadap dan mempersembahkan cenderakenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR  melawat kawasan balai dan sesi bergambar dengan anggota balai. 

    Warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih Di Atas Sudi Perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Berangkat Mencemar Duli Ke Majlis Perasmian Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus.Sesungguhnya Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Menjadi Kebanggaan Dan Kemegahan Kepada  Warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sekaligus Menambah Seri Kegemilangan Majlis Yang Dilangsungkan.

Klik untuk melihat lebih gambar

 

Published on 2018-04-26 10:01:07 Posted By Administrator