Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JBPM dan PDRM View Announcement in New Tab

 

KUALA LUMPUR 27 JANUARI - Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsung satu majlis menandatangani nota kerjasama antara Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) yang disaksikan sendiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan juga YBM Noh Omar.

Ini merupakan kali pertama dan sejarah buat rakyat Malaysia apabila JBPM & PDRM telah bersetuju untuk bekerjasama dalam proses penyelamatan dan siasatan sesuatu insiden.

Kerjasama ini boleh disifatkan sebagai satu langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Di samping itu, dengan terjalinnya kerjasama ini, penjimatan masa dan kos penyelamatan dan siasatan sesuatu insiden yang lebih konklusif dengan gabungan kepakaran dan kehebatan aset masing-masing dapat dihasilkan.

Semoga dengan terjalinnya kerjasama ini, JBPM & PDRM dapat terus berkhidmat di tahap yang lebih cemerlang dan efisyen demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Sumber dan kredit : FB JBPM

Published on 2018-03-20 16:12:12 Posted By Administrator