Jangan Mengalah Terus Berjuang View Announcement in New Tab

KUALA LUMPUR - “Jangan mudah mengalah, kita mesti terus berjuang. Walaupun kita masih belum menang dalam peperangan ini tapi kita belum gagal menghadapinya!”.

Itulah kata-kata semangat diucapkan teraju utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Pada usia 57 tahun, beliau yang mempunyai pengalaman lebih 33 tahun berkhidmat dalam pasukan dilihat masih bersemangat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah JBPM Malaysia.

Apa yang pasti menurutnya, semangat juang sentiasa diterapkan sejak awal pembabitan seseorang individu dalam jabatan itu bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan sebaik mungkin.

Mohammad Hamdan berkata, pihaknya sudah memulakan tugas dalam Ops Covid-19 sejak 2 Februari lalu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tugasan JBPM bermula ketika warga Malaysia dibawa pulang dari Wuhan di China iaitu semasa wabak berkenaan menular di negara itu pada Februari lalu.

berita penuh di sinar harian

https://www.sinarharian.com.my/article/79420/KHAS/Koronavirus/Jangan-mengalah-terus-berjuang?fbclid=IwAR2fEpFocTcc2MAb0-188xGJtMsZy85cAe3afcwzXwUNMnusK-LKUM-pOTE

kredit sumber Akhbar Sinar Harian dan fb rasmi JBPM

 

Published on 2020-04-20 15:32:10 Posted By Administrator