Pembukaan Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Sarawak View Announcement in New Tab

16 Disember 2017 – BBP Tanjung Manis

Salam Negaraku Malaysia, Salam Sarawak Ibu Pertiwiku dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.

Berita baik untuk rakyat negeri ini khususnya di kawasan Tanjung Manis, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah memulakan operasinya secara tidak rasmi pada 15 Disember 2017. Balai Bomba ini telah dilengkapi dengan sebuah Jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah bot penyelamat dan sebuah kenderaan utiliti untuk peringkat awal pengoperasian dengan kekuatan 23 orang pegawai. Dengan pengoperasian balai baharu ini, diharap ianya akan meningkatkan lagi kualiti dan efisyensi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di kawasan Tanjung Manis dan sekitarnya sekaligus memacu pertumbuhan pembangunan sosio ekonomi kawasan setempat.
NOMBOR TALIAN TERUS BBP TANJUNG MANIS : 084-613089

imageimageimageimageimageimage

 
Published on 2018-01-22 11:02:55 Posted By Administrator