Operasi HADR Proses Sri Petaling COVID 19 View Announcement in New Tab

OPERASI HADR SRI PETALING COVID19

Berat mata memandang.... Berat lagi bahu memikul...

23 Mac 2020 jam 1100 pagi bertempat di Pusat Tahfiz Masjid Sri Petaling telah diadakan proses pemindahan penghuni pusat tahfiz, jemaah tabligh dan penghuni asrama ke Stesen Kuarantin Institut Sosial Malaysia (ISM) Sg. Besi. Seramai 43 orang anggota pelbagai pangkat termasuk pasukan khas HAZMAT telah menjalankan kerja-kerja pemindahan dan proses nyahcemar dan seramai 132 orang pelajar telah berjaya dipindahkan ke stesen tersebut. YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Hj Nordin bin Pauzi turut hadir ke operasi ini untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancarnya. Agensi-agensi yang terlibat termasuklah KKM, NADMA dan PDRM.

Kredit Sumber : FB Rasmi JBPM

Published on 2020-03-27 12:31:57 Posted By Administrator