Kereta Bertembung Lori View Announcement in New Tab

Kereta bertembung lori

12 Jun 2019 - Seorang pemandu kereta maut akibat tersepit apabila kereta dipandunya remuk teruk selepas bertembung sebuah lori dengan muatan LPG di Jalan Paboi, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi, mangsa, 19, dikatakan dari arah Bukit Tambun, sebelum kereta Proton Wira dipandunya bertembung lori berkenaan yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Pegawai Bomba Syahidan Sahid, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.25 pagi sebelum menghantar sepasukan lima anggota yang tiba di lokasi kira-kira 3 minit kemudian.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Kredit FB Rasmi JBPM

Published on 2019-07-19 15:31:23 Posted By Administrator